E-Invois Diwajibkan Bagi Semua Perniagaan - LHDN

27 Aug 2026 02:58 PM - By Iman Haniff

Why Zoho Books Was the Best Fit

E-Invois Diwajibkan Bagi Semua Perniagaan - LHDN

Pelaksanaan e-invois di Malaysia telah pun bermula dan tentunya ramai peniaga yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang usaha kerajaan untuk mendigitalisasikan pentadbiran cukai dan meningkatkan ketulusan cukai di negara kita ini.

Apa itu E-Invois?

E-Invois merupakan transaksi digital antara PENJUAL dan PEMBELI; menggantikan penggunaan invois yang biasa atau manual yang dipraktikkan dalam transaksi perniagaan.

Infografik Perbezaan E-Invois dan Bukan E-Invois: format XML dan JSON adalah e-Invois yang sah, manakala PDF, DOC, JPG dan e-mel bukan format e-Invois

Siapa yang wajib guna e-invois?

Jawapannya adalah semua pembayar cukai yang menjalankan aktiviti komersial di Malaysia; Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaaan-ke-Kerajaan (B2G). Ini juga merangkumi perniagaan yang melibatkan penyediaan barangan dan perkhidmatan, serta beberapa urus niaga bukan perniagaan antara individu.

Contoh perniagaan/urus niaga terlibat:

  1. PERSATUAN
  2. KUMPULAN ORANG
  3. CAWANGAN
  4. AMANAH PERNIAGAAN
  5. KOPERASI
  6. SYARIKAT
  7. PERKONGSIAN
  8. PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT)
  9. TABUNG AMANAH HARTANAH
  10. AMANAH HARTANAH
  11. AMANAH PELABURAN HARTANAH
  12. PEJAWABAT PERWAKILAN DAN PEJABAT WILAYAH
  13. BADAN AMANAH
  14. UNIT AMANAH

Tarikh Pelaksanaan E-Invois

E-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan pembayar cukai memahami proses dan dapat menyesuaikan diri dengan transasi ini. Garis masa pelaksanaan adalah seperti berikut:

Jenis Pembayar CukaiTarikh Pelaksanaan
Pembayar cukai dengan pendapatan/jualan tahunan melebihi RM100 juta1 Ogos 2024
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta1 Januari 2025
Semua pembayar cukai1 Julai 2025

Ada yang sudah mula menggunakan e-invois? Kalau ada, syabas! Anda merupakan early adopters! Kalau belum, jangan risau. Masih belum terlambat untuk anda explore.

Ada pertanyaan mengenai E-Invois?

Kalau ada sebarang pertanyaan boleh email pihak LHDN di myinvois@hasil.gov.my atau hubungi 03-8682 8000 (Talian Meja Bantuan e-Invois HASiL).

Iman Haniff