Penghantaran e-invois kepada LHDNM

27 Aug 2026 02:10 PM - By Iman Haniff

Why Zoho Books Was the Best Fit

Penghantaran e-invois kepada LHDNM

Seperti yang anda sedia maklum, E-Invois akan mula diwajibkan bagi semua perniagaan. E-Invois akan menggantikan penggunaan dokumen kertas atau elektonik seperti dalam format PDG, JPEG, DOC dan lain-lain.

Oleh itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memberi pilihan gambaran yang boleh digunakan oleh pembayar cukai bagi menghantar e-invois kepada LHDNM; berdasarkan keperluan perniagaan dan keadaan tertentu para pembayar cukai.

Antara dua (2) pilihan mekanisme penghantaran e-invois yang boleh dipilih oleh pembayar cukai adalah:

Portal My-Invois

  • Portal yang dihoskan oleh LHDNM
  • Boleh diakses oleh semua pembayar cukai tanpa sebarang kos
  • Juga boleh diakses oleh pembayar cukai yang perlu mengeluarkan e-Invois ketika mana sambungan Application Programming Interface (API) tidak tersedia

Application Programming Interface (API)

  • API adalah satu cara yang melibatkan kod (coding) yang membolehkan penghantaran data secara langsung antara sistem pembayar cukai dan Sistem MyInvois
  • Memerlukan pelaburan awal dalam teknologi dan pelarasan kepada sistem sedia ada
  • Sesuai untuk pembayar cukai besar atau perniagaan dengan jumlah transaksi yang besar
  • Juga sesuai untuk perniagaan yang sudah mempunyai sistem perakaunan dan tidak mahu berpindah ke MyInvois

Nak faham dengan lebih senang? Rajah di bawah menunjukkan gambaran keseluruhan aliran kerja pelaksanaan e-Invois.

Infografik Aliran Kerja e-Invois, langkah 1 hingga 3: mengeluarkan e-Invois, pengesahan e-Invois oleh LHDNM, dan notifikasi e-Invois yang disahkanInfografik Aliran Kerja e-Invois, langkah 4 hingga 6: perkongsian e-Invois dengan pembeli, penolakan atau pembatalan e-Invois, dan ringkasan transaksi melalui Portal MyInvois

 

Kesimpulannya, ada dua cara atau pilihan mekanisme penghantaran e-invois yang boleh dipilih oleh pembayar cukai. Pilihlah mekanisme yang akan memberi kesenangan kepada perniagaan anda. Pilihan yang disediakan oleh LHDNM menawarkan fleksibiliti dan adaptabiliti untuk memenuhi pelbagai keperluan perniagaan. Jangan tak buat pula ye! Langkah ini penting untuk Malaysia terus bergerak ke sistem invois yang lebih teratur dan cekap.

Jika anda sedang mencari tempat untuk mengetahui lebih lanjut tentang E-Invois, kami ada senarai entiti atau syarikat yang menawarkan seminar atau sesi latihan E-Invois. Klik disini.

Iman Haniff